Monday, February 14, 2011

My Valentine

Hari Valentine ialah hari untuk meraikan ekspressi kasih sayang. Sambutan ini adalah berdasarkan seorang martir Kristian yg bernama Saint Valentine. Terdapat beberapa versi dimana hari Valentine dikaitkan. Versi yg paling popular menceritakan St. Valentine, hidup di zaman pemerintahan maharaja Claudius II di Roman, dimana maharaja tersebut tidak membenarkan askar-askarnya berkahwin. Ini disebabkan maharaja itu berpendapat bahawa perkahwinan akan melemahkan semangat askarnya. Walaupun begitu, St. Valentine melanggar undang undang tersebut, dan dia ditangkap dan diberikan hukuman mati. Mengikut cerita moden yg telah ditokok tambah, dia sempat menulis surat terakhir kepada kekasihnya sebelum dihukum, dan surat itu diakhiri dengan "From your Valentine". 

Di Malaysia, sebuah negara Islam, sambutan tersebut dianggap tidak sesuai kerana ia mencetuskan gejala maksiat dan juga disebabkan ia berakar dari agama Kristian. Saya agak setuju dengan pendapat tersebut, walaubagaimanapun, hari seperti ini yg menggalakkan ekspressi kasih sayang adalah sesuatu yg cantik pada dasarnya. Walaupun ini tidak digalakkan di antara golongan muda yg masih belum berkahwin, ia sepatutnya dilakukan sesama ahli keluarga, kawan kawan dan sebagainya. Dan yg lebih penting, ia patut dipraktiskan sepanjang masa, dan bukan pada hari yg tertentu sahaja. 


"Love is patient, love is kind.
It does not envy, it does not boast, it is not proud.
It is not rude, it is not self-seeking,
It is not easily angered, it keeps no record of wrongs.
Love does not delight in evil but rejoices with the truth.
It always protects, always trusts, always hopes, always preserves."

Bagi saya, Valentine's day tahun ini masih seperti biasa. Sudah beberapa tahun berturut turut saya tidak menyambutnya. Perkara yg paling penting yg patut saya ingat pada hari Valentine ialah..jangan keluar berjalan ke shopping mall berseorangan pada hari ini. Haha.

Personal update: Ran 2.5 k's non-stop this evening. Thinking of stepping it up to more km's if possible. Already bought tickets and accommodation for March graduation. Just about 2 more weeks to go. Hopefully all will be smooth sailing. Zalia's birthday is tomorrow, so, happy birthday to her. Don't really know what to give as present..duit takdop. Dah keje karangla kot.. Speaking of work, still no news from them.

1 comment:

  1. valentine day adalah hari memperingati paderi st valentine.. so, tak perlulah kita celebrate sama.. and speaking of kerja, tak perlu lah stress sgt.. rezeki, jodoh dan ajal adalah kerja Allah.. solat dan berdoa banyak2 semoga kita mendapat yg terbaik..

    ReplyDelete